Coretan Ikaixora

Thursday, September 22, 2005

curiga

Kau menjadi punca..
kecurigaan yang terbentuk dijiwa..
keraguan yang pernah terkesan..
berparut yang terlalu dalam..
hingga kini..
masih terbayang sakitnya hati..
seksa jiwa menahan merana..
kaulah puncanya..
tapi kau bahagia dengan hidupmu..
tak endah luka yang parah..
dengan selamba menyapa..
sedangkan hadirmu bagai selumbar..
terus menerus tanpa malu..
sememangnya kau begitu..
sememang kau tidak layak bagiku..
namun engkaulah punca..
hadirnya curiga
dan kini terbiar diriku..
merawat luka bernanah..
kerana kau tak berupaya membantu..