10 minit lagi
rasa bagaikan waktu terhenti
satu jam yang lalu begitu cepat berlalu
kerana aku sibuk dalam khayalanku
saat ku nanti akan tiba
ku memperhatikan jam dengan sabar
ada juga anak-anak terlena
tapi aku terus menarikan pena
mengasah minda
dalam bahasa berbunga